Monday, July 12, 2010

1 Syaaban 1431Hijrah


Bismillahirahmanirrahim;


Memang my niat nak mula blogging at certain special date. so, i ambiklah date 1 Syaaban 1431H. so, every 1st Syaaban is my blog Birthdate.

Nama blog pun simple story,so, rasa2nya memang simple-dimple jelah my story.


Boring jugak asyik baca blog orang lain jer.

Ntah2 blog aku lagi boring...huhuhuhuh.

ada aku kesah?...


Wish-list sempena bulan Syaaban nie, nak buat byk2 puasa sunat.Last Rejab, dapatlah sehari.

tu pun aku rasa memang kurus-keringlah puasa aku tu...sbb byk "menganyam ketupat"...iya,saya seorang yang sedar diri...dushdush...


Bak kata Ustazah dalam tv tu...nak puasa sunat, nak bersedekah,nak solat ...semua kena berdoa...mintak dari ALLAH bantu kita supaya mampu solat sunat byk2,puasa sunat byk2,sedekah byk2...


Tapi kalau lupa nak doa byk2 supaya kurangkan atau lupakan terus xtyvt "menganyam ketupat"...tak guna jugak.


Bak kata nenek Naid tu...doa byk2, usaha byk2...baru dream comes true.Dream utk menjadi lebih baik, lebih berilmu, lebih berharta dan yang paling penting...lebih mengenal diri. Sesungguhnya jika kita telah mengenal diri, kita sebenarnya telah mengenal Allah s.w.t.


Utk mengenal Allah ,kita perlukan imam yang benar, guru yang mursyid. So sama2lah baca doa ini ketika didalam sujud.Kenapa diwaktu sujud?...kerana diwaktu sujudlah kita paling hampir dgn Allah.

Berdoalah " Ya Allah, berikanlah aku rezeki yang byk lagi halal, imam yang benar,ilmu yang bermanfaat, kecerdikkan yang tinggi, kesihatan yang elok, kebersihan hati dan kejayaan dunia dan akhirat".


Semoga ya Allah, apa yang aku pinta, bersesuaian,selari dgn kehendak dan kemahuan-Mu, Kau anugerahkan dgn Rahmat dari sisi-Mu, dengan kasih-sayang-Mu,dalam Redha-Mu.

Janganlah apa jua Kau jadikan/berikan kepada aku, istidhraj semata2 yang menjauhkan aku dari mengingati dan mentaati segala seluruh-Mu,ameen.


Syaaban bulan Nabi, maka perbanyakkanlah selawat ke atas Baginda s.a.w.
Wallahua'alam.